Innalilahi wa innailaihi rojiun..Khabar Duka😢😢Nenek maut dirempuh motosikal ketika pulang dari surauðŸ˜ðŸ˜
Kota Bharu: Wanita warga emas maut dirempuh seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal di Jalan Selising-Kok Lanas, di sini, malam tadi.
Mangsa, Fatimah Che Kub, 73, yang dari surau berhampiran, dilanggar penunggang motosikal berusia 23 tahun itu ketika ingin melintas jalan untuk pulang ke rumahnya dari surau berhampiran lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berlaku pada jam 9 malam tadi ketika penghantar makanan berkenaan dalam perjalanan dari Selising, Pasir Puteh melalui jalan terbabit.
“Mangsa yang ketika itu berada di sisi jalan bahagian kiri melintas jalan dan disebabkan jarak yang dekat serta faktor pencahayaan yang terhad, lelaki itu gagal mengesan dan mengelak mangsa.
“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di lokasi kemalangan dan mendapat kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Kubang Badak, Ketereh, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Menurutnya lagi penghantar makanan itu hanya mengalami kecederaan ringan manakala motosikal jenis Honda Wave miliknya pula rosak di beberapa bahagian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.