Seorang buruh didakwa merogol remaja perempuan usia 13 tahun.. Jawapan Yang Diberikan Lelaki Ini Buat Netizen Geram😱😱😱
Tertuduh, Jafrifoo Che Ali, 49, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian di Jalan Bayam,Kota Bharu: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dan mengacukan pisau di leher mangsa, 25 Februari lalu.
Tertuduh, Jafrifoo Che Ali, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang mana sebelum itu tertuduh meletakkan diri mangsa dalam ketakutan dengan mengacukan pisau kepada mangsa.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bayam jam 7 malam pada 25 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara minimum 10 sehingga 30 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin dan tertuduh diwakili peguam, Nur Fatin Shahirah Abu Hassan.
Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon supaya mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia membabitkan kesalahan serius selain mengambil kira mangsa berusia 14 tahun.
Katanya, terdapat risiko tertuduh mengganggu mangsa serta saksi selain mangsa dan tertuduh adalah jiran dan tinggal di perumahan sama.
Nur Fatin Shahirah pula memohon jaminan ditawarkan dan memberi jaminan anak guamnya tidak akan mengganggu proses perbicaraan dan keluarga tertuduh juga akan membawa anak guamnya tinggal di Kubang Kerian.
Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.