Duka Mendalam Hasrat Hantar Keluarga Balik Beraya Tidak Kesampaian 😢😢
GUA MUSANG: Hasrat seorang anggota polis untuk menghantar isteri bersama tiga anak serta dua adik iparnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu, kereta yang dipandu mangsa, Koperal Ahmad Ibrahim, 31, dari Balai Polis Trafik Klang Selatan, Klang, dipercayai terbabas ke dalam sungai.
Penumpang lain yang mengalami kecederaan ialah isteri mangsa, Nurulasma Zakaria, 31, anaknya, Nur Aaira Afeefa Ahmad, 4, Nur Ariana Sofia, 3, dan Affan Rifqi, lapan bulan serta dua adik ipar mangsa, Salsiah Zakaria, 27, dan Nor Asyikah, 19.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang memandu kereta Perodua Aruz dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Krai.
"Mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar ahli keluarganya ke kampung di Kuala Krai untuk menyambut Aidilfitri.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu, manakala penumpang lain mengalami kecederaan dan ada yang patah tangan.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut dan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
بِسْÙ… ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم۞ ٱلْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞ Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞ صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞ امين