Khabar Duka, Ibu Rock Malaysia Ella Malaysia " Ella " Menghembuskan Nafas Terakhir Dalam Tidur, Salam Takziahhh ðŸ˜
Ella memaklumkan Allahyarham Yang Asmah (kiri) disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Ella, Yang Asmah Long, 92, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Rock itu dalam Instagramnya.
“Salam dan sejahtera. Buat makluman dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
“Semoga Allah SWT mengampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai gantu tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.
“Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman yang solehah,” ujarnya Ella yang juga ibu saudara kepada penyanyi Kaka Azraff itu.
Jenazah Yang Asmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam sebelum waktu Zohor hari ini.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis meninggalkan ucapan takziah kepada penyanyi tersebut atas pemergian ibu tercinta.
“Al-fatihah. Salam takziah buat Kak Ell dan keluarga,” ujar penyanyi Aina Abdul.
Selain Aina, penyanyi Radhi OAG dan juga pelakon, Zahida Rafik turut meninggalkan komen dan doa supaya Allahyarham diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Arwah menetap dengan adik ipar, Korie di Klang. Kami berjumpa hari-hari kerana arwah semakin uzur.
"Arwah meninggal dalam tidur akibat sakit tua," katanya yang juga suami kepada kakak dan juga pengurus Ella, Jojie, ketika dihubungi BH Online.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 11 pagi ini.
Berita duka itu dikongsi pentadbir akaun Facebook (FB) Ella atau nama sebenar, Norzila Aminuddin, melalui sebuah entri.
Hantaran itu berbunyi:
"Salam dan sejahtera. Buat makluman, mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi .
"Moga Allah ampuni, rahmati, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kubur, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
"Kami mohon moga Allah kurnia inayah dan rahmat. Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi," katanya.
Entri itu dibanjiri ucapan takziah peminat Ella yang mendoakan penyanyi kesayangan mereka tabah menghadapi detik menyedihkan itu.
Salam Takziah