[ Tr4gis ] Innalilahi Wa Innailaihi Rojiun..Anggota Balai Polis Skrang maut kemalangan ðŸ˜
SRI AMAN: Seorang anggota polis lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 33, Jalan Sri Aman-Sarikei, di sini, pagi tadi.
Kemalangan berlaku ketika mangsa, Muhammad Azmie Matnor, 35, dalam perjalanan dari arah Betong menuju ke Sri Aman sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Ipsum yang keluar dari Simpang Pekan Engkelili.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai yang bertugas di Balai Polis Skrang.
"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Balai Polis Skrang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan kes tersebut katanya, pemandu kereta ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.